Majlis Anugerah Dekan, Disember 2016



Pada 7 Disember 2016 bersamaan hari Rabu yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Dekan atau nama singkatannya MAD bertempat di Dewan Kristal, Plaza Jelutong. Majlis ini diadakan tertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang memperoleh GPA 3.5 dan ke atas.

Majlis tersebut bermula jam 9.00 malam dengan ketibaan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM);  Prof. Dr. Azizul Halim Yahya. Semua tetamu yang hadir pada malam tersebut memakai pakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu Dazzling Pastel

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Shafiq Bin Safarrizal agar majlis berjalan dengan lancar, diikuti dengan ucapan daripada ketua projek MAD; Muhammad Ali. Seterusnya, ucapan alu-aluan dan perasmian majlis daripada Dekan FKPM; Prof Dr. Azizul Halim Yahya.

Selesai perasmian, tetamu dijemput untuk menikmati hidangan makan malam yang disediakan. Sambil menjamu selera, tetamu telah dihiburkan dengan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh dua orang pelajar dari FKPM iaitu Ayu dan Masliza. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penerima anugerah dekan seramai 169 orang dari Prof Dr. Azizul Halim Yahya. Terdapat beberapa aktiviti selingan seperti cabutan bertuah dan King & Queen of The Night.

Alhamdulillah, majlis pada malam tersebut berjalan dengan lancar atas keredhaanNya. Semoga majlis ini dapat memberi semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan bersama dan menaikkan nama fakulti kita, InshaAllah. 

Akhir kata, terima kasih kepada penasihat program MAD; Puan Nurul Atiqah Mohd Azlan dan En Muhammad Fadhli Bin Abdul Rahman kerana beri banyak tunjuk ajar kepada kami semua. Selain itu, tidak dilupakan kepada ahli-ahli MAD yang banyak berkorban masa untuk menjayakan program ini. Ucapan ribuan kemaafan sekiranya terdapat banyak kekurangan sebelum, semasa dan selepas program ini diadakan :)




































Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram