Tentang Kami


APA ITU MASSA?
MASSA ialah akronim untuk 'Mass Communication Students Association' atau Persatuan Pelajar Komunikasi Massa. Setelah lebih separuh dekad, MASSA kekal sebagai entiti terpenting dalam menyatukan para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) khususnya di UiTM Shah Alam. 

APA TUGAS DAN PERANAN MASSA?
Tidak hanya menyatukan kesemua jurusan di bawah FKPM, MASSA juga berperanan menganjurkan pelbagai aktiviti di fakulti. Antara program besar saban tahun kendalian MASSA ialah Majlis Anugerah Dekan. MASSA juga bertanggungjawab menjaga fasiliti tertentu di fakulti seperti surau dan Pusat Sumber Masscomm.

DI SEBALIK LOGO MASSA

Dua 'boomerang' membentuk huruf 'M' menghala ke atas. Dua 'boomerang' berwarna hitam dan oren bermaksud kesepakatan khususnya antara pelajar dengan MASSA. Huruf 'M' yang terbentuk pula merupakan huruf pertama dalam perkataan MASSA. Kedudukan kedua-dua boomerang yang menghala ke atas melambangkan persatuan dan ahlinya sentiasa memandang ke hadapan serta memasang misi dan visi yang jelas dengan penuh keazaman.

Warna Oren ialah warna rasmi MASSA. Warna ini berkait dengan semangat keyakinan dan berdikari serta sifat kompetitif yang tinggi. Ia juga bermaksud harapan dan rasa percaya diri.

Warna Hitam melambangkan elegan dan kemegahan, bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab besar digalas MASSA. Sebuah persatuan dengan ribuan siswazah serta alumni yang melakar nama yang bukan calang-calang sebagai penggerak industri media.

No comments:

Post a Comment

Instagram