Kerana kami tahu andalah orangnya, maka kami buka pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) baharu untuk sesi September 2015! Jadilah sebahagian daripada kami dan alami permuafakatan Masscomm di bawah satu bumbung.
Selain pemilihan untuk AJK baharu, temuduga ini juga bertujuan untuk mencari pustakawan untuk Perpustakaan Masscomm.
Tandakan kalendar anda untuk temuduga ini yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
ISNIN (14/9/15) - 11 PAGI - 1 TENGAH HARI
SELASA (15/9/15) - 9 PAGI - 11 PAGI
Sedikit info MASSA. MASSA ialah badan persatuan dalaman yang cukup penting untuk Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Shah Alam. Daripada kebajikan pelajar daripada fasiliti seperti surau dan perpustakaan sehinggalah aktiviti-aktiviti untuk semua pelajar Masscomm, kamilah yang bertanggungjawab menganjurkannya.
Selain kemudahan kolej, AJK MASSA juga berpeluang untuk menyertai banyak aktiviti termasuk ke luar negara. Dua semester lepas kami ke Indonesia dan semester lepas ke Sabah. Seterusnya, kami bakal menjalin kerjasama dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand!
Berminat? Apalagi, jom sertai kami!
No comments:
Post a Comment