Program Anak Angkat di Sabak Bernam



Pelajar Komunikasi Belajar Hidup di Kampung

Sungai Besar, SABAK BERNAM: Seramai 120 pelajar dari lapan pengkhususan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, dan 3 pelajar antarabangsa program pertukaran Universiti antarabangsa mempelajari survival hidup di kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Parit 4 dan 5 Barat, Sungai Besar Sabak Bernam Selangor pada 5 dan 6 November 2016.  Mereka bergotong royong memasak nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa dan Banjar disana serta melakukan aktiviti seperti mengagau ikan, membaja padi dan berkayak menggunakan batang pisang. Aktiviti ini turut disertai 25 keluarga angkat dan kira kira 100 penduduk kampung berkenaan yang turut memeriahkan program dua hari satu malam itu.

 




Unknown

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. program ni diadakan pada tahun 2016 ke? saya berminat untuk buat program di tempat ini, kalau tidak keberatan boleh saya mnta contact number pic?

    ReplyDelete

Instagram