Majlis Anugerah Dekan Disember 2015

Antara penerima Anugerah Dekan.

Pada 17 Disember 2015 yang lalu, MASSA sekali lagi mengulangi kejayaannya menganjurkan suatu majlis terbesar untuk Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Shah Alam saban semester iaitu Majlis Anugerah Dekan (MAD). Majlis ini memberi pengiktirafan kepada pelajar FKPM UiTM Shah Alam yang berjaya mencapai gred purata 3.5 dalam keputusan akademik semester lepas.

MAD kali ini telah mengambil tempat di N'Dah Catering, Seksyen 14.

Tahun ini, MAD membawakan tema 'Whimsical White' dengan cogan kata 'Dare to Dream'. Tema ini dipilih untuk memberi suatu kelainan dengan tema ala-fantasi dengan warna putih. Pada malam penuh bersejarah itu, rata-rata hadirin menepati tema yang ditetapkan.

Dekan FKPM, Prof Dr. Azizul Halim Yahya dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada para pelajar atas pencapaian yang membanggakan fakulti juga berterima kasih atas penganjuran MAD oleh MASSA.

Sementara itu, Pengarah Projek, Mohd Hairol Abd Halim dalam ucapannya menganggap MAD adalah suatu majlis menghargai usaha dan pencapaian pelajar dan turut menyuarakan rasa gembira atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.


Selain penyerahan sijil pencapaian Anugerah Dekan, malam itu juga turut dimeriahkan dengan beberapa lagi acara seperti 'King and Queen of the Night' yang masing-masing dimenangi oleh Hazim Shauki dan Nadia Shakira Mohd Shahrudin. Anugerah ini dinilai melalui kesesuaian dan kekreatifan penerima anugerah mengenakan busana bertepatan dengan tema pada malam berkenaan. Selain itu, Anugerah Kapsyen Terbaik turut dianjurkan dan dimenangi oleh Ahmad Wared Mokhtar. Anugerah ini memilih kapsyen dengan hashtag #WhimsicalMAD2015 terbaik di Instagram. Turut dimeriahkan adalah cabutan bertuah.

Hazim Shauki menerima hadiah untuk King of the Night.
Nadia Shakira sebagai Queen of the Night.

Upacara penyerahan sijil Anugerah Dekan dan lain-lain acara telah disempurnakan sendiri oleh Dekan FKPM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya.


Selain pelajar, malam itu juga meraikan para pensyarah dan staf FKPM yang telah bertungkus-lumus dalam menyahut aspirasi dan menyumbang kepada pencapaian cemerlang para pelajar.


Pada malam itu juga, MASSA telah membawakan beberapa persembahan khas antaranya termasuklah daripada penyanyi Zulyasrani, band daripada Fakulti Muzik UiTM Shah Alam dan Damia daripada pelajar Semester 3 Penyiaran.

Zulyasrani menghiburkan tetamu yang hadir.


MASSA dengan berbesar mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang setiap penerima anugerah dan diharap anugerah ini akan menyuntik semangat untuk lebih cemerlang pada semester-semester mendatang.

MASSA turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan MAD kali ini secara langsung mahupun tidak langsung khususnya Ahli Jawatankuasa MASSA 2015 dan para sponsor iaitu Zalora, Auntie Anne dan Lock Down KL.

Lebih banyak gambar akan dimuatnaik di Facebook MASSA.

Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram