SAF2015: MASSCOMM ke-2 Perbarisan!

Peserta perbarisan MASSCOMM bergambar kenangan bersama hadiah selepas tamat majlis.

Malam 7 Oktober 2015 pastinya mencatatkan kenangan manis terutama bagi peserta perbarisan mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOMM) bagi Majlis Perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF) 2015. Pada malam penuh meriah itu, MASSCOMM berjaya meraih tempat kedua.

Perbarisan merupakan acara pertama daripada yang dipertandingkan termasuklah bola sepak, badminton, berbasikal, bola keranjang, bola baling, boling padang, catur dan lain-lain. Kemenangan MASSCOMM pada acara perbarisan boleh disifatkan permulaan yang baik sebagai pembuka tirai SAF tahun ini.

Dianggotai kira-kira 50 pelajar dengan tema Werewolf (Serigala Jadian), perbarisan menjadi lebih bermakna apabila diketuai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber, Prof. Madya Jamaluddin bin Abd. Rashid.

Menurut pengurus perbarisan, Shahrul Azlan Shah yang juga Exco MASSA berkata, kali terakhir MASSCOMM memenangi acara perbarisan ialah pada SAF 2012.

Johan acara perbarisan ialah daripada Fakulti Sains Gunaan manakala di tempat ketiga menjadi milik Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

Majlis pada malam itu bermula pada kira-kira jam 8.30 malam sebelum berakhir dalam pukul 11 malam.





Unknown

1 comment:

  1. Seronoknya rasa dapat menang tempat kedua. Alhamdulillah. Semoga terus berjaya...

    ReplyDelete

Instagram