Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
merangkap
Penasihat MASSA. Disenangi pelajar Masscomm sebagai pensyarah berjiwa
keibuan sehingga terkenal dengan sapaan 'Mama'. Beliau boleh dihubungi
menerusi Facebook. Klik sini.
-------------------------------------------------
YAKINI KELEBIHAN INTELEKTUAL
Tidak dinafikan bahawa cabaran dan rintangan di universiti sangat banyak dan mereka yang berjaya mengharungi segala pahit maung kehidupan di universiti akan mendapat ganjaran yang terbesar iaitu segulung ijazah yang bakal mengubah nasib mereka dan keluarga. Justeru itu ada beberapa tips untuk pelajar menyuntik motivasi diri agar mencapai matlamat mereka di universiti.
TIPS CEMERLANG DI UNIVERSITI
Mendapat peluang beajar di IPTA khususnya UiTM, adalah rezeki dan peluang yang Allah berikan pada seseorang pelajar. Bukan mudah untuk bersaing dengan beratus-ratus calon dalam temuduga dan akhirnya anda terpilih untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti. Saat itu adalah satu ketika yang membanggakan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk seluruh ahli keluarga.
Mungkin anda masih ingat betapa banyak janji yang dibuat pada ibubapa dan diri sendiri untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan cemerlang untuk memperolehi segulung ijazah yang menjadi kebanggaan diri dan keseluruhan ahli keluarga.
SEMANGAT KIAN MALAP
Namun apabila memegang title sebagai pelajar dan memulakan pengajian, pelbagai dugaan dan rintangan anda tempuhi. Semangat yang sangat berkobar-kobar akhirnya semakin malap ibarat pelita yang kekurangan minyak. Sedikit demi sedikit motivasi anda mula tercalar dan anda mula merasakan menjadi pelajar universiti tidak semudah yang anda sangkakan. Antara masalah yang sering dihadapi pelajar di universiti ialah tidak dapat mengikuti pembelajaran, pengaruh rakan sebaya dan masalah peribadi serta masalah dengan pensyarah.

Disebabkan masalah-masalah itu, semangat untuk belajar semakin hari semakin tipis. Masalah demi masalah yang dihadapi itu secara tidak langsung telah menghakis motivasi pelajar untuk belajar dan tidak hairan ada antara mereka yang tidak dapat membendung dan mengawal masalah ini sehingga mengambil keputusan untuk berhenti belajar atau menangguhkan pengajian. Jika ini berlaku, ia sangat merugikan anda kerana anda telah mensia-siakan peluang yang anda perolehi dan sekali gus menghampakan harapan ibu dan ayah yang sentiasa mengharap kejayaan anak-anak mereka.
YAKINI KELEBIHAN INTELEKTUAL
Umum pasti tahu bahawa bukan mudah untuk terpilih menjadi pelajar universiti khususnya IPTA. Setiap pelajar yang berjaya ke universiti mestilah yakin bahawa mereka mempunyai kelebihan intelektual dan itulah sebabnya mereka terpilih untuk menjadi pelajar universiti, iaitu satu tempat pengajian yang menjadi idaman semua orang tidak kira muda atau tua. Dengan keyakinan diri bahawa mereka ini adalah golongan yang terpilih untuk belajar di universiti mereka mestilah berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat mereka iaitu menggenggam segulung ijazah buat diri sendiri dan keluarga terutamanya ibu dan ayah.
Tidak dinafikan bahawa cabaran dan rintangan di universiti sangat banyak dan mereka yang berjaya mengharungi segala pahit maung kehidupan di universiti akan mendapat ganjaran yang terbesar iaitu segulung ijazah yang bakal mengubah nasib mereka dan keluarga. Justeru itu ada beberapa tips untuk pelajar menyuntik motivasi diri agar mencapai matlamat mereka di universiti.
TIPS CEMERLANG DI UNIVERSITI
Tips menjadi pelajar yang cemerlang di universiti :
- Sayangi diri. Jaga kesihatan, pastikan menjaga diri dengan baik dari segi pemakanan dan rehat. Makan makanan yang sihat dan jaga waktu tidur. Pastikan ada waktu rehat yang cukup terutamanya tidur dan aktiviti bermanfaat untuk diri.
- Tidak meninggalkan suruhan agama. Bagi orang Islam sentiasa ingat pada Allah. Jangan tinggalkan kewajiban kita pada agama. Solat dan hadiri ceramah ilmu dan ceramah agama yang berguna bagi membentuk jiwa yang mulia. Berikan sedikit ruang untuk penghayatan diri dan rohani.
- Bijak mengawal masa (time management). Gunakan masa sebaik mungkin, pilih kawan-kawan yang sesuai dengan pemikiran kita. Jangan suka membuang masa dengan kawan-kawn yang tidak membawa faedah atau banyak menghabiskan masa online dan terpengaruh dengan kegiatan yang kurang sihat.
- Mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa bersangka baik. Fikirkan suasana pembelajaran sebagai sesuatu yang menarik dan menggembirakan.
- Selalu menghadiri kelas pada waktu yang tepat. Jika terlewat beritahu pensyarah dan rakan sekelas. Berinteraksi dengan rakan kelas dan pensyarah jika anda tidak dapat menghadiri kelas atas sebab-sebab tertentu.
- Sentiasa berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas. Berinteraks dengan baik dan sentiasa mempraktikkan komunikasi dua hala. Jadikan diri kita 'wujud' dalam kalangan rakan dan pensyarah. Jangan selalu menyendiri atau anti-sosial.
- Membuat assignments atau tugasan pada waktunya, jangan menangguh sesuatu kerja hingga ke saat akhir. Jika tidak tahu, bertanyalah pada pensyarah dan rakan sekelas. Sentiasa bersemangat untuk membuat tugasan yang diberi pensyarah.
- Sentiasa mengulang kaji setelah habis satu-satu kuliah. Cuba aplikasikan apa yang dipelajari secara teori dalam kehidupan sebenar. Ia lebih mudah untuk difahami.
- Sentiasa berdisiplin dan mengawal kegiatan harian dengan lebih berkualiti. Adakan peraturan diri, jangan terlalu leka dan lalai dengan persekitaran. Tidak salah membahagiakan diri, tetapi ia harus berpada dan ada hadnya.
- Berjanji pada diri sendiri bahawa proses belajar sememangnya sukar tetapi anda boleh melakukannya dan sentiasa berfikiran positif serta yakin anda boleh berjaya. Berjanji juga untuk menghadiahkan kejayaan anda untuk diri sendiri dan seluruh ahli keluarga. Genggam impian ini.
Natijahnya sebagai kesimpulan, belajar di universiti adalah peluang keemasan yang diperolehi oleh mereka yang terpilih. Bukan mudah menjadi pelajar universiti, kerana proses pembelajarannya sangat mencabar bukan sahaja dari sudut minda dan fizikalnya malah juga dari sudut kerohaniaanya.
Justeru sama-samalah kita membentuk peribadi kita menjadi pelajar cemerlang dalam pelbagai sudut termasuk dari sudut sahsiah, akhlak, personaliti dan faham tujuan hidup sebenar. Selain itu kita juga mahu cemerlang dalam akademik, dalam kemahiran dan emosi serta paling penting cemerlang dan berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

No comments:
Post a Comment