Kem Insaniah MASSCOMM 2015

 

TERBAIK! Demikian antara komen mengujakan peserta yang menyertai Kem Insaniah MASSCOMM 2015 anjuran MASSA.

Ini bukan kali pertama MASSA menganjurkan kem ini. Bezanya, kem kali ini telah diberi nama baharu berbanding namanya terdahulu itu MASSA Team Building Camp.

Kem kali ini mengambil tempat di Kem Rimba Kalong, Ulu Yam pada 23 hingga 25 Oktober 2015 yang lalu. Seramai 33 orang pelajar daripada pelbagai jurusan dan semester mengambil bahagian dengan diiringi tiga orang pensyarah iaitu Puan Hariyati Ariffin (Penasihat 1 MASSA), Encik Mohd Najmi Nuji (Penasihat 2 MASSA) dan Encik Hamzani (bekas Presiden MASSA).

Sejak bermula hari pertama lagi, semua peserta berkobar-kobar untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Kem kali ini masih mengekalkan suasana yang tenang dan santai tetapi padat dengan pengisian yang membentuk jasmani dan rohani yang baik.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah acara sukaneka, senamrobik, explorace, jungle trekking, meredah sungai, sukan sungai, solat berjemaah, bacaan Yassin, slot motivasi dan kuliah Subuh dan banyak lagi.

Kem kali ini dianggap berjaya kerana mencapai kesemua objektif selain kepuasan untuk semua peserta.

MASSA merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan kem kali ini secara langsung mahupun tidak langsung. Kami turut meminta maaf atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung.

Semoga berjumpa lagi di Kem Insaniah MASSCOMM akan datang!

Lihatlah kecerian para peserta sepanjang program berlangsung pada video-video dan gambar-gambar di bawah! Untuk lebih banyak gambar, KLIK SINI.










Unknown

1 comment:

Instagram