Mesyuarat Agung dan Perlantikan MASSA Sept 2015


Semalam (19 September 2015), MASSA dengan rasminya telah melangsungkan Mesyuarat Agung dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi penggal kedua 2015. Majlis ini turut dihadiri Puan Hariyati Ariffin selaku Penasihat 1 MASSA selain beberapa ahli baharu MASSA yang telah melepasi sesi temuduga yang telah diadakan sebelumnya pada 14 dan 15 September 2015.

Majlis dibuka dengan bacaan doa sebelum ucaptama daripada Puan Hariyati Ariffin dimulakan. Puan Hariyati Ariffin atau lebih mesra disapa Mama telah memberikan pesanan, nasihat dan semangat untuk MASSA sebagai persatuan dalam yang cukup signifikan peranannya terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Pada majlis berkenaan, MASSA menerusi Majlis Tertinggi yang dibarisi Muhammad Fadhli Aiman dan Mohd Hairol, masing-masing sebagai Presiden dan Naib Presiden telah memberi taklimat ringkas mengenai tentatif program-program kendalian MASSA pada semester ini.

Selain keterangan tugas daripada ketua-ketua setiap biro, majlis turut membincangkan secara mendalam beberapa aktiviti yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

Petang itu turut menyaksikan perlantikan rasmi ahli jawatankuasa MASSA dengan penyerahan watikah perlantikan daripada Mama kepada setiap ahli MASSA. Diharapkan dengan penyerahan sijil ini, setiap ahli MASSA akan lebih bermotivasi dan bersemangat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Majlis yang mengambil masa kira-kira empat jam itu ditutup dengan sesi fotografi semua ahli dan setiap biro bersama Mama.








































Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram