MASSA di Masscommight Sept 2015

Presiden MASSA, Muhammad Fadhli Aiman ketika mempromosikan MASSA.
MASSA berbesar hati untuk turut sama menjayakan program Masscommight anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Shah Alam. Program yang melibatkan pelajar baharu dari semester satu dan semester tiga (penerapan diploma dan STPM) ini telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 September 2015 (Ahad) di FKPM.

Program pada sebelah pagi dimulakan dengan acara perasmian oleh Dekan FKPM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya. Selain taklimat mengenai FKPM, pagi itu turut menyaksikan sesi pengenalan pensyarah-pensyarah FKPM yang turut menghadirkan diri.

MASSA terlibat sebagai krew pembantu. Lebih kurang sepuluh wakil MASSA telah membantu menjaga salah satu checkpoint dalam aktiviti explorace.

Walaupun cuasa agak berjerebu, program pada hari itu telah berlangsung dengan penuh meriah. SMF turut menyediakan mask sebagai langkah berjaga-jaga untuk pelajar yang memerlukannya.

MASSA melalui presiden, Muhammad Fadhli Aiman juga diberikan kesempatan untuk mempromosi MASSA sebagai salah sebuah persatuan dalaman yang cukup penting dan berpengaruh. Button badge 'We Love Masscomm' turut diedarkan sebagai saguhati MASSA kepada semua pelajar baharu.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu berakhir lebih kurang jam dua petang.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Ayuh kita lihat galeri gambar yang disediakan sekitar program berkenaan.

Dekan FKPM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Antara pelajar baharu yang terlibat.

Button badge, saguhati daripada MASSA turut diedarkan kepada setiap pelajar baharu.

Ahli jawatankuasa MASSA berbincang ringkas.

Aktiviti meriah di checkpoint MASSA.

Keceriaan pelajar ketika menempuh cabaran di checkpoint MASSA.

Salah seorang jawatankuasa MASSA menjalankan tugasnya.
Presiden, Muhammad Fadhli Aiman (berbaju oren) dan Penasihat 2 MASSA, Encik Mohd Najmi Nuji (paling kanan) bergambar bersama wakil persatuan dalaman lain FKPM.

Antara ahli jawatankuasa MASSA yang terlibat merakam kenangan bersama Penasihat 1 dan 2 MASSA, Puan Hariyati Ariffin dan Encik Mohd Najmi Nuji.



Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram