Perutusan Akhir Tahun 2015 Penasihat MASSA



Tirai 2015 akan berlabuh beberapa hari lagi. Pelbagai kenangan suka duka telah dilalui oleh Persatuan MASSA dalam memperjuangkan aktiviti pelajar dan memberi seribu pengalaman berharga buat ahli dan exco MASSA. Sebagai penasihat Massa, saya ingin mengumumkan bahawa exco MASSA yang baru telah dilantik baru baru ini bagi menggantikan beberapa exconya yang telah tamat perkhidmatan mereka untuk tahun ini. 

Sejujurnya sebagai penasihat MASSA sangat berat rasa hati saya untuk melepaskan exco massa tahun 2015 menamatkan perkhidmatan mereka kerana kumpulan ini adalah satu kumpulan yang terbaik yang pernah menganggotai MASSA sejak beberapa tahun ini. Mereka terpaksa member ruang kepada adik adik junior menerajui MASSA kerana apabila berada disemester yang lebih tinggi komitmen terhadap pelajaran mereka semakin mencabar dan mereka memerlukan masa yang berkualiti untuk menghadapai semester akhir.

Walau bagaimanapun komitmen tinggi yang pernah ditunjukkan oleh mereka yang menjadi exco MASSA tahun lalu telah menaikkan nama MASSA di fakulti dan di organisasi media serta syarikat swasta. Mereka telah banyak berkorban demi massa dan mereka ini menunjukkan contoh yang baik sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang pelajaran malah juga cemerlang dalam aktiviti pelajar. 

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada semua bekas exco MASSA yang sentiasa membantu saya menguruskan aktiviti pelajar disampaing memperkenalkan massa kepada semua pelajar masscom. Tidak terbalas jasa anda semua pada MASSA dan diharap walaupun anda semua sudah tidak lagi bersama MASSA anda dapat meluangkan masa berkongsi pengalaman bersama exco baru MASSA untuk tahun 2016 nanti. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

PUAN HARIYATI ARIFFIN
Penasihat MASSA
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam

Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram