MASSA Tutup Tirai Aktiviti 2016




OLEH: PUAN HARIYATI ARIFFIN

Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
merangkap Penasihat MASSA. Disenangi pelajar Masscomm sebagai pensyarah berjiwa keibuan sehingga terkenal dengan sapaan 'Mama'. Beliau boleh dihubungi menerusi Facebook. Klik sini.



Tahun 2016 akan menutup tirainya lebih kurang sebulan lagi. MASSA atau Persatuan Pelajar Komunikasi FKPM telah banyak menjalankan aktiviti bagi memberi pengalaman dan peluang kepada semua pelajarnya menjalankan aktiviti di Universiti sebagai satu cara berinteraksi dengan pelajar dan pensyarah . Awal tahun 2016, tidak banyak aktiviti yang di muatkan di blog massa. Ini disebabkan peralihan jawatan yang berlaku dalam persatuan ini. Walau bagaimanapun tidak bermakna pelajar tidak menjalankan aktiviti sepanjang awal tahun 2016.  Dalam tempuh berkenaan banyak aktiviti yang dijalankan dibawah anjuran MASSA. Aktiviti berkenaan termasuk,  Welcoming Masscom, Malam Tautan Kasih, Wirasa dan Sukan Antara Fakulti. Namun disebabkan masalah peralihan jawatan dari AJK massa yang lama kepada yang baru, blog ini tidak dapat di kemaskini kerana kekangan masa dan AJK yang baru di lantik, sedang menyesuaikan diri untuk mengemaskini blog ini.

Setahun lamanya blog MASSA ni menyepi, namun aktiviti yang dijalankan di Fakulti tidak pernah sepi atau sunyi di Fakulti. Diawal tahun 2016, walau dengan hanya 17 AJK Massa , mereka telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti diperingkat Fakulti dan Universiti serta masyarakat luar. Aktiviti seperti Kem Insaniah Massa, Malam Tautan Kasih, Malam Anugerah Dekan adalah antara kejayaan event MASSA setiap semester.  Salah satu aktiviti yang dijalankan di luar ialah aktiviti “ Masscom back to School”   dimana pelajar jurusan Kewartawanan dan Penyiaran menjalankan aktiviti LDK bersama pelajar di dua buah  sekolah Menengah di Lenggong Perak. Sambutan yang pihak MASSA terima sangat luar jangkaan. Mereka bukan sahaja di sambut dengan meriah tetapi juga dilayan dengan baik oleh pelajar dan guru guru di dua buah sekolah di daerah berkenaan.

Bagi pelajar semester satu dan pelajar baru “penerapan”  mereka sentiasa diraikan dengan aktiviti Welcoming Masscom setiap semester. Mereka juga akan mempersembahkan bakat dalam acara malam Tautan kasih dimana setiap kelas akan membuat persembahan menarik dan diberikan hadiah jika berjaya membuat persembahan menarik. Aktiviti setiap semester yang menjadi acara kemuncak di Fakulti  ialah  Malam Anugerah Dekan. Setiap semester MASSA merancang aktiviti gilang gemilang ini dan turut disertai semua pensyarah dan kakitangan Fakulti. Semua aktiviti sesi March – July 2016 berjalan dengan lancar dan penuh bersemangat.
 
Bagi semester September- December 2016 pula, sekali lagi MASSA menunjukkan kecemerlangan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa students dalam pelbagai aktiviti yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara mereka tetapi juga mempamerkan bakat menganjurkan “ event “ atau majlis tertentu. Untuk semester ni MASSA memulakan aktiviti mereka dengan KEM INSANIAH MASSA di PD Sanctuary di Port Dickson di Negeri Sembilan. Seramai 40 peserta mengambil bahagian dalam Kem tiga hari dua malam berkenaan. Selain itu aktiviti Welcoming Masscom anjuran bersama MASSA dan SMF memperlihatkan kerjasama yang baik dalam mengendalikan lebih 300 pelajar baru yang merupakan pengambilan paling ramai ke Fakulti kami kali ini.

Malam Tautan Kasih yang bertemakan Malam Retro berjaya mengeratkan hubungan pelajar semester satu dari lapan jurusan dalam Fakulti Komunikasi ini. Mereka mempersembahkan pelbagai acara menarik dimalam itu. Selain itu, “Masscom Got Talent” satu acara pencarian bakat baru dalam acara nyanyian dan persembahan berjaya mencungkil banyak bakat baru dalam pelbagai genre seni termasuk  tarian, drama dan nyanyian.  Mereka ini bakal di ambil untuk menyertai pertandingan Kebudayaan satu UiTM atau WIRASA.   Aktiviti lain yang dianjurkan Massa ialah Aktiviti kemasyarakatan yang mendapat sambutan hangat daripada semua pelajar semester satu yang telah disertai oleh 120 pelajar dari lapan jurusan di fakulti ini.
 
Mereka menyertai program kemasyarakatan ini bagi mempelajari dan menghidupkan kembali budaya Melayu yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat muda. Aktiviti yang di adakan di Sabak Bernam dua hari satu malam itu turut mendapat liputan Akhbar Berita Harian yang mempamerkan semangat bergotong royong pelajar ketika menyediakan nasi ambeng dan keseronokan menggagau ikan di parit tepi sawah. Aktiviti seumpama ini Berjaya mengeratkan hubungan pelajar dan masyarakat kampong. 

MASSA sebuah Persatuan pelajar Komunikasi yang ditubuhkan sejak hampir 20 tahun lalu menjadi tunggak dan nadi kepada aktiviti pelajar Masscom atau komunikasi di fakulti ini, selain menjadi wadah pengalaman menjalankan “ pengurusan majlis atau event management di peringlat Universiti”  Diharap MASSA akan terus maju dan dapat melahirkan ramai pemimpn pelajar yang bukan sahaja bijak mengendalikan majlis dan aktiviti tetapi berjuang untuk hak pelajar di fakulti.

MASSA merancang untuk melebarkan sayapnya untuk membuat melawat akademik ke Universiti Antarabangsa seperti di Jepun dan Negara Asia yang lain bagi memberi pengalaman kepada pelajar selain melihat aktiviri yang dijalankan disana. Beberapa tahun yang lalu Massa pernha membuat lawatan Akademik di Universitas Andalas Padang Indonesia dan Universiti Malaysia Sabah sebagai mengeratkan silaturahim antara pelajar dan memberi peluang kepada pelajar bertukar pendapat dalam wacana ilmu dan melihat dengan lebih dekat dunia pendidikan di luar  dan dalam negara.

Harapan saya sebagai penasihat MASSA, persatuan ini akan terus komited menjalankan aktiviti diperingkat Fakulti, Universiti dan di Universiti tempatan dan luar Negara. Semoga MASSA terus maju dan menjadi jambatan pengalaman buat semua pelajar serta memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan mereka.

Hasif Hamsyari

No comments:

Post a Comment

Instagram