“Katakan Tidak pada Gangguan Seksual"
Oleh: Hariyati Ariffin
Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
merangkap Penasihat MASSA. Disenangi pelajar Masscomm sebagai pensyarah berjiwa keibuan sehingga terkenal dengan sapaan 'Mama'. Beliau boleh dihubungi menerusi Facebook. Klik sini.
Ganguan
seksual adalah satu perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh mereka yang
menganggap maruah seseorang sangat murah dan boleh dipermainkan. Ia juga
ditakfifkan sebagai tingkah laku yang boleh memberi ancaman mental dan fizikal kepada
wanita atau lelaki. Dalam kes gangguan
seksual, ia bukan sahaja berlaku terhadap wanita, tetapi ia turut membabitkan
kaum lelaki khususnya mereka dari kalangan lelaki lembut.
Bila
menyentuh mengenai isu gangguan seksual, tidak dinafikan ada dalam kalangan
masyarakat yang memandang sinis terhadap isu ini. Umpamanya sikap masyarakat yang terlalu
terbuka dan tidak ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, merasakan
perbuatan seperti memeluk, meramas, meraba dan mencium seseorang dikhalayak
ramai sebagai satu perkara biasa. Tidak hairan ada yang memberi komen seperti
ini jika ada kes gangguan seksual berlaku “ ala…perkara kecil macam tu pun nak lapor,
tak luak pun kalau diraba dan dicium.” Ini menggambarkan betapa remeh isu ini
dilihat dari sudut maruah dan akhlak mulia oleh segelintir masyarakat.
Bagaimanapun
gangguan seksual bukan isu baru. Malah sejak dulu lagi gangguan seksual berlaku
dirumah, ditempat kerja, di sekolah, Institusi pengajian Tinggi dan ditempat
tempat awam. Mangsa biasanya terdiri dari kaum wanita dan kaum lelaki tidak
terkecuali, bagaimanapun bilangan mereka sangat sedikit berbanding kes kes yang
melibatkan kaum wanita. Dalam kaitan kes gangguan seksual terhadap wanita, adakalanya
mangsa takut untuk melaporkan kerana bimbang tidak mendapat sokongan dan
mereka dituduh sebagai punca lelaki
merasa ghairah dan melakukan gangguan seksual.
Malah
ada kes apabila wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual cuba mengadu dan
mendapatkan pertolongan dari pada pihak
tertentu yang biasanya wanita juga, mereka
di sindir seperti ini “ jika kamu tak gatal, perkara ini tak jadi.
Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi” Ironisnya jika wanita sendiri tidak dapat
merasa kasihan dan memahami apa yang dilalui oleh mangsa gangguan seksual ini,
apatah lagi kaum lelaki yang menjadi si penganggu seksual itu.
Disebabkan
ini ada antara mangsa yang terpaksa merahsiakan apa yang terjadi dan mengalami
trauma sepanjang hidup mereka kerana bimbang
tidak mendapat sokongan dari pihak pihak tertentu. Malah ada yang mengalami kemurungan, rendah
diri, hilang minat untuk bersosial, prestasi kerja menurun, takut untuk ke
sekolah atau Universiti, merasa diri tak bermaruah kerana harga diri yang
tercemar serta pelbagai masalah emosi dan psikologi.
Apa
pun seperti kata pepatah, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah
juga. Bila ada wanita yang berani bertindak dan melaporkan kejadian pada pihak
berkuasa, baru lah mereka yang bersalah ini dapat ditangkap. Bagaimanapun
sebagai wanita, bukan mudah untuk membuktikan kes gangguan seksual, lebih2 lagi
jika ianya melibatkan orang orang tertentu seperti ketua jabatan, pensyarah mereka dan mereka yang ada nama serta berkedudukan dalam
masyarakat. Jika melibatkan orang2 besar seperti ini adakalanya kes gangguan
seksual terpaksa ditutup demi menjaga maruah dan nama baik organisasi dan
individu tertentu. Disebabkan masalah seumpama ini mangsa terpaksa melalui
pelbagai dugaan dan penganiayaan untuk membuktikan bahawa mereka adalah mangsa
gangguan seksual dan bukan atas kerelaan hati atau ada motif tertentu atas
tuduhan berkenaan. Terdapat juga mangsa yang mengambil jalan pendek untuk
berhenti kerja atau berhenti belajar kerana tidak mahu memperpanjangkan isu
yang amat memalukan ini.
Berikut adalah jenis jenis gangguan seksual
yang digariskan oleh Jabatan Tenaga
Kerja, Kementerian Sumber manusia.
1. Gangguan secara lisan
2.
Gangguan secara isyarat /bukan lisan
3.
Gangguan secara visual
4.
Gangguan secara psikologi dan
5.
Gangguan secara fizikal.
Dalam
kes Gangguan seksual secara lisan perlakuan itu boleh dikenalpasti melalui kata
kata, komen, gurauan usikan dan soalan berbentuk ancaman dan cadangan berbentuk
seksual. Umpamanya komen mengenai bentuk badan yang mengiurkan atau perkataan
lucah.
Manakala
gangguan seksual secara isyarat
pula, boleh dikenalpasti melalui , pandangan atau kerlingan melalui bahasa
tubuh yang menggambarkan sesuatu yang kurang manis atau berunsur kelucahan atau
bahasa isyarat yang membawa pada pengertian seksual. Tingkah laku mengurat yang
berterusan dan boleh mengancam keselamatan wanita juga dikategorikan sebagai
gangguan seksual.
Gangguan
seksual secara visual, juga dapat dikesan bila ada yang menunjukkan gambar
lucah, melukis benda2 yang menggambarkan
kelucahan, menghantar gambar lucah
melalui telefon pintar atau perkataan lucah dalam wats up dan mesej berbaur
seks .
Jenis
gangguan seksual secara psikologi
pula dapat dikenalpasti melalui pengulangan undangan social yang tidak
diterima, mendesak dan sentiasa mengganggu dengan desakan untuk bercumburayu
dan keluar bersama.
Manakala
Gangguan seksual secara fizikal pula
melibatkan sentuhan yang tidak diingini,
tidak direlakan, seperti mengusap, menggesel, meramas, mencium, mencubit
, meraba dan menepuk bahagian sensitive wanita.
Tindakan atau langkah langkah yang boleh diambil oleh wanita atau lelaki
jika mereka menjadi mangsa gangguan seksual adalah seperti berikut.
Beri
amaran pada penganggu atau si pelaku berkenaan bahawa anda tidak suka dia
berkelakuan sedemikian. Suruh dia berhentikan perlakuan yang tidak disenangi
itu dan anda mesti yakinkan si pelaku itu bahawa anda sangat serius mengenai
apa yang anda katakan.
Jika
sipelaku itu berterusan membuat perangai yang tidak disenangi walau telah
diberi amaran berkali kali, laporkan pada pihak tertentu. Jika di Universiti,
laporkan pada pensyarah yang anda percaya, kepada ketua Program atau Dekan. Anda
juga boleh mengadu dengan kaunselor mengenai kes itu.
Jika
boleh rekodkan atau tulis apa yang berlaku pada hari kejadian. Ingat apa yang
dia lakukan pada anda, jam berapa, tarikh, buat report bertulis pada pihak
tertentu. Anda tidak ada saksi, jadi pastikan anda ada bukti mengenai kejadian
yang bukan sahaja perlakuan dia tetapi segala keterangan mengenai apa yang
berlaku.
Jika
dia pernah memberi mesej yang berbaur lucah atau perkataan yang berunsur
gangguan seks , ajakan untuk brcumbu dan kata rayuan terlampau simpan bukti
berkenaan untuk anda buat laporan.
Jika
takut untuk buat laporan kerana bimbang masa depan anda tergugat. Pilih seorang
yang anda percayai untuk meluahkan apa yang pernah berlaku kepada anda.
Anda
perlu berani untuk membuat laporan dan pendedahan mengenai gangguan seksual
yang dilakukan terhadap anda. Jangan pendam atau sorokkan apa yang berlaku.
Jika anda berani melaporkan kejadian ini, mumgkin anda dapat menyelamatkan
orang lain dari terus menjadi mangsa gangguan seksual . Bertindak bijak kerana
yakinlah bahawa pasti ada orang yang akan membela anda jika anda teraniaya
dengan kes seumpama ini.
Secra
kesimpulannya wanita disaran lebih berhati2 atas perlakuan lelaki yang
mencurigakan. Begitu juga lelaki, jika mereka merasa ragu dan curiga terhadap
perlakuan seseorang jelaskan pendirian anda. Mereka juga dinasihatkan agar
lebih peka terhadap gangguan seksual yang boleh berlaku dimana mana dan dengan
sesiapa sahaja. Sebagai wanita mereka mesti tahu hak dan privasi mereka supaya
maruah mereka tidak sewenang wenangnya diceroboh oleh orang yang dikenali
mahupun yang tidak dikenali. Maruah atau kemuliaan diri bagi wanita sangat
penting kerana dengan maruah dan kemuliaan diri wanita dapat menjalani hidup
dengan lebih positif dan sentiasa tenang untuk menghadapi dugaan hidup.
Jika
mereka merasakan ada unsur dan gejala gangguan seksual dari orang orang yang
dikenali atau tidak dikenali, segera melaporkan pihak berkuasa. Cegah perbuatan
tidak baik ini sebelum ia menjadi lebih
parah dan boleh mengundang kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan
sebagainya. Buat lah pilihan yang tepat dan berani dalam tindakan anda. Cegah
gangguan seksual dari terus berleluasa agar hidup lebih harmoni . Katakan tidak
pada gangguan Seksual.
Tamat.
No comments:
Post a Comment