Lawatan Akademik UUM ke FKPM, UiTM


Semalam, 28 November 2015, di bawah kelolaan MASSA, telah berlangsung satu program melibatkan usahasama Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM),  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Kira-kira 40 pelajar UUM terlibat dengan seorang pensyarah pengiring iaitu Encik Azahar bin Kasim. Ketua projeknya, Muhammad Haziq dalam satu temubual berkata lawatan kali ini dilihat penting kerana ia bertujuan merangka satu jalinan kerjasama antara PERMEDIA bersama FKPM.

Menurut wakil MASSA, Fadhluna Latfi yang mengendalikan pertemuan ini, pertemuan ini satu titik tolak yang cukup bermakna. Beliau berpuas hati dengan perjalanan majlis yang mengambil masa kira-kira empat jam itu.

Dalam lawatan itu, pelajar-pelajar UUM dibawa melawat ke sekitar kawasan kampus termasuklah ke Ufm, stesen radio kampus pertama di Malaysia yang dikendalikan di bawah FKPM. Menurut satu keterangan, lawatan ini juga sebenarnya sebagai perkongsian pengetahuan memandangkan FKPM merupakan fakulti komunikasi yang terawal di Malaysia selain memiliki prasarana yang disifatkan antara yang terbaik.

Dalam merangka usahasama itu, satu sesi diskusi juga telah dianjurkan di mana para pelajar saling bertukar maklumat tentang jurusan yang ditawarkan di universiti masing-masing. Wakil daripada setiap persatuan dalaman juga turut dipanggil untuk memberi taklimat termasuklah Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Persatuan Kewartawanan (JSoc), Kelab Penyiaran (BroadClub), Persatuan Pelajar Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRMSA) dan MASSA sendiri.

Sebelum itu, dalam program dinamakan Journey to Media Industry itu, PERMEDIA telah melawat Astro Awani, Media Prima dan akhbar Metro.

Berikut antara video dan gambar sepanjang majlis berlangsung.









Lebih banyak gambar, KLIK SINI.

Unknown

No comments:

Post a Comment

Instagram