[HEBAHAN] Malam Tautan Kasih: Kesantunan Melayu
Mengulangi kejayaan Malam Tautan Kasih (MTK) semester lepas, MASSA bercadang untuk meneruskan program ini dengan kerjasama pelajar-pelajar Semester Satu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam.
Jika tahun lepas temanya ialah Warisan Melayu, tema tahun ini ialah Kesantunan Melayu.
Program yang dicetuskan idea oleh Penasihat MASSA sendiri, Puan Hariyati Ariffin ini bertujuan mendidik pelajar tentang kepentingan menghargai warisan bangsa. Banyak pengisian menarik dalam program ini antaranya pertandingan bakat dan kesenian antara jurusan FKPM. Namun, yang paling menarik, terdapat juga sesi berbalas pantun antara pelajar dengan pensyarah yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama warga Masscomm sendiri.
Bakal mengambil tempat 20 November 2015 jam lapan hingga sebelas malam di Dataran Masscomm, program ini sudah pastinya dinantikan khususnya kepada pelajar Semester Satu yang diwajibkan.
MASSA TV
SEDANG HANGAT
-
Ahli MASSA yang bertungkus-lumus menjadikan MAD kali ini satu kenyataan. Malam tadi, 8 Jun 2015, MASSA menganjurkan Majlis Anugerah Deka...
-
Demi mendekatkan anda dengan kami, MASSA kini juga beroperasi di dunia maya! Suarakan pandangan dan aktiviti terkini anda berkaitan Mas...
-
OLEH: PUAN HARIYATI ARIFFIN Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam merangkap ...
-
------------------------------------------------ OLEH: PUAN HARIYATI ARIFFIN Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikas...
-
OLEH: PUAN HARIYATI ARIFFIN Seorang kolumnis dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam merangka...
Arkib Blog
Pautan Luar
Powered by Blogger.

No comments:
Post a Comment